Home » » Nasib Malang Penghibur Jalanan Di Britain

Nasib Malang Penghibur Jalanan Di Britain

London – Bimbang kehadiran ahli muzik dan penghibur jalanan di London mungkin lenyap ekoran peraturan yang terlalu ketat, Datuk Bandar Boris Johnson kini menerajui usaha agar suara penyanyi dan muzik yang dimainkan penghibur jalanan akan dapat didengar semula.

Nasib Malang Penghibur Jalanan Di Britain

Bandar Camden di utara London dengan pelbagai kedai memang sudah sekian lama menjadi pilihan ramai pengunjung muda, termasuk untuk menyaksikan aksi penghibur jalanan, namun sejak beberapa bulan lalu penghibur jalanan diarah menghentikan aktiviti jam 9 malam.

Ada yang bimbang Camden akan kehilangan identitinya kerana pihak yang terbabit tunduk kepada aduan daripada masyarakat setempat mengenai gangguan bunyi.

Pemuzik jalanan juga kini perlu mendapatkan lesen. Peralatan muzik termasuk amplifier turut dilarang.

“Saya bimbang beberapa bahagian daripada bandar ini akan menjadi tempat larangan bagi penghibur jalanan” kata Johnson ketika melancarkan kempen sokongan kepada pemuzik jalanan.

Hargai usaha pemuzik

“Daripada menghalang ahli muzik kita dengan mengenakan pelbagai kerenah birokrasi, kita sepatutnya menghargai usaha mereka menghidupkan suasana di jalan-jalan dan pusat bandar,” kata Johnson sambil berikrar untuk menjadikan London sebagai ibu negara dengan status muzik yang dimainkan secara langsung.

Timbalan Datuk Bandar bagi Pendidikan dan Kebudayaan, Munira Mirza pula berkata: “Penghibur jalanan masih suka untuk datang ke London tetapi mereka mendapati agak sukar kerana berdepan dengan pelbagai peraturan yang berbeza.”

“Kita mempunyai 32 kawasan perbandaran dan setiap satu mempunyai sistem yang berbeza, dan apa yang kita mahu lakukan ialah untuk memudahkan penghibur jalanan ini.” –AFP

0 comments:

Post a Comment