Home » » George Si Kucing Gemuk Kini Jalani Diet

George Si Kucing Gemuk Kini Jalani Diet

Liverpool – George si kucing gemuk kini diberi amaran supaya menjalani diet jika ingin terus hidup, selepas beratnya melebih 12 kilogram.

George si kucing gemuk

Semuanya gara-gara dia hanya makan donut, daging lembu panggang dan udang segar oleh tuannya yang juga seorang remaja berusia 15 tahun, Wendy Moulton.

Keadaan ini menyebabkan badannya naik seperti belon dan dia tidak mampu bergerak di atas sofa.

George juga berdepan risiko menghidap diabetes.

“Selepas mendapati kakinya kecil namun badannya gemuk, saya baru menyedari bahawa saya perlu melakukan sesuatu.

“Dia akan makan apa sahaja dan amat manja. Jika saya membeli ayam panggang di pasar raya, dia akan memakannya,’’ kata Moulton.

Susulan itu, George kini menjalani diet khas dan hanya mengambil makanan kering serta air. Dia juga perlu mengurangkan hampir separuh lemak dan berat badan.

Dalam pada itu, jururawat di Vets4Pets, Rachel Hughes-Wiseman berkata, keadaan ini sering berlaku kerana tuan punya binatang peliharaan ini menyangka mereka boleh memberikan binatang mereka makan apa sahaja.

“Malah kadang-kadang makanan mereka sendiri diberikan kepada binatang peliharaan mereka.

“George kini menjalani diet khas yang membolehkannya berasa kenyang sepanjang masa. Akibat diet ini, dia kini memiliki kulit dan bulu yang cantik,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment