Home » » Wanita Curi TV Kepit Celah Kangkang!

Wanita Curi TV Kepit Celah Kangkang!

GUAPILES, Costa Rica – Seorang wanita berjaya mencuri sebuah televisyen plasma di sebuah pasar raya di sini dengan menyembunyikan alat elektrik tersebut di dalam kain yang dipakainya.

Cuti-TV

Rakaman sebuah kamera keselamatan di pasar raya itu menunjukkan wanita berkenaan masuk ke premis berkenaan dengan seorang rakannya sebelum berpura-pura melihat peralatan elektrik yang dipamerkan.

Beberapa saat kemudian wanita itu dilihat mengambil sebuah televisyen plasma dan terus memasukkan ke dalam kainnya sebelum berjalan keluar dari pasar raya tersebut dengan tenang.

Seorang pekerja pasar raya berkenaan, Jacint Ramirez Callas, 25, berkata, wanita itu hanya mengambil masa 13 saat untuk melarikan televisyen berkenaan tanpa disedari sesiapa.

“Dia kelihatan seperti seorang profesional dan juga mempunyai paha yang kuat kerana boleh mengepit televisyen berkenaan.

“Saya hairan kerana televisyen tersebut tidak terjatuh dan dia juga boleh berjalan seperti biasa,” katanya. –Agensi

0 comments:

Post a Comment