Ratu cantik dari Columbia, Paulina Vega, 22, dimahkotakan gelaran Miss Universe terbaru setelah menumpaskan pesaingnya yang menduduki tempat kedua, Nia Sanchez, 24, dari Amerika Syarikat dan kira-kira 80 peserta lain dari seluruh pelusuk dunia.
Acara yang diadakan di Doral, Miami, Florida, Amerika Syarikat itu turut menobatkan peserta dari Ukraine Diana Harkusha, 20, di tempat ketiga manakala wakil dari Belanda dan Jamaica meraih kedudukan keempat dan kelima.
Memasuki edisi ke-63, tahun ini Malaysia mempertaruhkan Sabrina Beneett bagi mewakili negara (gambar bawah).
Vega, pelajar pentadbiran perniagaan dari Barranquilla, Columbia mengambilalih mahkota daripada peserta Venezuela yang merangkul gelaran tersebut tahun lalu.
Sebagai Miss Universe 2015, Vega akan menerima satu amaun gaji yang tidak didedahkan, sebuah pangsapuri mewah di New York, produk kecantikan serta biasiswa selama setahun untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Lakonan New York.

0 comments:
Post a Comment