Home » » Dipecat Selepas Bercuti 24 Tahun!

Dipecat Selepas Bercuti 24 Tahun!

Seorang pegawai di India akhirnya dipecat setelah mengambil cuti selama 24 tahun dan tidak pernah kembali ke pejabatnya selepas itu, lapor portal berita antarabangsa The Guardian.

Cuti

Pembantu jurutera, A.K.Verma mula bercuti pada tahun 1990 setelah menyertai Jabatan Kerja Raya Pusat India (CPWD) sepuluh tahun sebelum itu.

Verma kemudiannya menolak arahan pegawai atasannya untuk kembali memulakan tugas setelah permohonan untuk menambah cuti ditolak.

“Dia datang untuk memohon penambahan cuti, namun tidak dibenarkan, menyebabkan dia memutuskan untuk tidak kembali ke tempat kerja,” ujar wakil kerajaan pada Khamis lalu.

Walaupun siasatan yang dijalankan pada 1992 mendapati Verma bersalah, namun pihak kerajaan mengambil masa selama 22 tahun untuk memecat Verma daripada jawatannya setelah seorang menteri kabinet campur tangan dalam isu itu.

Menteri Pembangunan Bandar, M. Venkaiah Naidu mengarahkan pemecatan lelaki tersebut bagi memastikan jabatan tersebut berfungsi dengan baik.

Di India, penjawat awam memang dikenali dengan rekod kehadiran lewat, mengambil masa yang lama ketika makan tengah hari dan menghabiskan banyak masa pada kursus permainan golf.

Pada tahun 2012, satu kajian dari konsultan risiko politik dan ekonomi yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan India di kedudukan tercorot bagi tahap birokrasi berbanding semua negara Asia.-Mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment