Home » » Mahkamah Turki Perintah Sekat Laman Web Charlie Hebdo

Mahkamah Turki Perintah Sekat Laman Web Charlie Hebdo

ISTANBUL – Mahkamah Turki hari ini mengarahkan sebuah laman web yang menyiarkan muka depan akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo disekat selepas mencetuskan kemarahan umat Islam dunia kerana menghina Nabi Muhammad.

Charlie Hebdo

Mahkamah Bandar Diyarbakir di timur laut Turki mengeluarkan perintah itu selepas satu petisyen difailkan oleh seorang peguam yang meminta pihak berkuasa menyekat laman web yang menyiarkan kartun Nabi Muhammad, demikian lapor agensi berita Anatolia.

Senegal yang di bawah kerajaan Islam turut mengharamkan pengedaran edisi akhbar Charlie Hebdo serta akhbar harian Perancis, Liberation, yang turut menerbitkan kartun mengenai Nabi Muhammad di muka depannya. –AFP

0 comments:

Post a Comment