Home » » Maroon 5 ‘Surprise’ Pengantin Demi Klip Video Sugar

Maroon 5 ‘Surprise’ Pengantin Demi Klip Video Sugar

Apakah reaksi anda jika kumpulan muzik terkenal dunia dan digilai ramai tiba-tiba muncul membuat persembahan di majlis perkahwinan anda?

Maroon 5

Mungkinkah anda menjerit, menangis atau pengsan kerana terlalu teruja? Haha!

Apapun, itulah yang dilakukan oleh kumpulan Maroon 5 menerusi video muzik terbaru mereka, Sugar yang dimuatnaik di laman YouTube, pada Rabu.

“Kami akan memandu merentasi Los Angeles dan ‘memecah masuk’ ke setiap majlis perkahwinan yang kami temui,” kata vokalisnya, Adam Levine pada permulaan video tersebut.

Menurut jurucakap kumpulan itu, semua pengantin lelaki sudah mengetahui kejutan tersebut, namun tidak bagi pengantin perempuan menyebabkan mereka amat terkejut bila melihat kemunculan Maroon 5.

Biarpun ada cakap-cakap mengatakan sesetengah majlis sudah dirancang dan hanyalah lakonan semata-mata, namun ia tetap sebuah video muzik yang sangat menarik bagi kami. Jom saksikan!



0 comments:

Post a Comment