Home » » Unik! Trek Lumba Lari Dibina Atas Bumbung Sekolah

Unik! Trek Lumba Lari Dibina Atas Bumbung Sekolah

Disebabkan tiada pilihan lain dan kekurangan tapak, pihak pengurusan sebuah sekolah rendah di Tiantai, China terpaksa membina trek lumba lari sepanjang 200 meter di atas bumbung sekolah tersebut.

Trek Atas Bangunan

Walaupun dibina di atas bumbung, namun pihak sekolah tidak sesekali mengabaikan aspek keselamatan dengan membina dinding kaca setinggi enam kaki di sekeliling kawasan tersebut.

Malah, pihak berkuasa tempatan turut bekerjasama dengan pihak pengurusan sekolah dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal segala aktiviti pelajar di lapangan tersebut.

Mesti lepas ni makin ramai pelajar akan gigih bersukan, yela sambil-sambil berlari dapat juga menghirup udara serta menikmati pemandangan dari atas bumbung sekolah kan.

Memang cool habis!

0 comments:

Post a Comment