SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas laman sosial popular Facebook, Mark Zuckerberg berkemungkinan besar sedia mewujudkan pula butang ‘Dislike’ di sebelah ‘Like’ bagi pengguna menyatakan tidak gemar ke atas artikel penulis terbabit.
Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam sesi soal jawab bersama-sama pelanggan di ibu pejabat Facebook di Menlo Park di sini semalam bagi menjelaskan rancangan masa depan firma perkongsian maklumat itu yang kini sudah berusia 10 tahun dengan 8,500 pekerja.
“Kami memang ada memikirkan hal itu dan sedia mempertimbangkan untuk buat butang ‘Dislike’ bagi pengguna klik menzahirkan secara tersurat tidak suka dengan sesuatu penulisan yang disiarkan menerusi dinding mesej status pengguna,” tegas Zuckerberg.
Beliau menambah, butang tersebut bagaimanapun mungkin tidak akan disebut sebagai ‘Dislike’ kerana isu itu agak subjektif dan sensitif memandangkan setiap pengguna memiliki reaksi atau sentimen yang berbeza apabila menilai sesuatu pandangan bersifat peribadi.
“Kami memerlukan kaedah terbaik sebab butang ‘Dislike’ lazimnya membawa maksud negatif dan bimbang ia mungkin disalah guna oleh pihak tidak bertanggung jawab bagi memalukan imej pengguna tertentu yang tidak disukainya,” kata Zuckerberg.
Ujar beliau, kajian Facebook menunjukkan, bukan semua pengguna yang klik butang ‘Like’ sebenarnya bersetuju dengan mesej penulis terbabit sebaliknya mereka tiada pilihan lain bagi menjelaskan perasaan secara tersirat namun malas pula menulis komen atau kritikan.
Jawapan beliau mengenai idea butang ‘Dislike’ bukan kali pertama kerana sebelum itu pada tahun 2010 lalu, pihak Facebook pernah membuat eksperimen dengan butang ‘Sympathize’ untuk meluahkan respons perasaan terhadap pengguna tertentu.–Agensi

0 comments:
Post a Comment