Internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung yang telah mengecilkan dunia.
Penggunaan media sosial di Malaysia contohnya memudahkan rakyat jelata berinteraksi dengan menteri dan wakil rakyat mereka tanpa batasan protokol.
Lihat saja bagaimana Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang aktif menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter bagi mengulas pendapat disamping dapat menerima aduan daripada rakyat.
Cerita Internet ini lebih menarik apabila anda berada di Ghana.
Di sana, terdapat seorang raja yang membuktikan anda memang boleh melakukan apa sahaja melalui internet.
Raja Bansah atau nama sebenarnya Togbe Ngoryifia Céphas Kosi Bansah, menggunakan aplikasi Skype untuk memerintah suku Hohoe beliau dari kediamanya yang berada di Jerman.
Baginda pada sebelum ini telah berhijrah ke Jerman untuk belajar dan mengambil keputusan untuk menetap di sana.
Pada tahun 1987 nenda baginda yang juga raja meninggal dunia, Raja Bansah dinobatkan menjadi raja pada tahun 1992 kerana bapa dan abang beliau dirasakan tidak layak mengambil alih takhta kerana kidal.
Bagi suku Hohoe, manusia kidal tidak layak memerintah kerana dianggap sebagai tidak boleh dipercayai.
Sungguhpun sudah menjadi raja, Raja Bansah enggan kembali ke Ghana dan melakukkan kerja memerintah dengan hanya menggunakan telefon pada mulanya.
Dengan adanya perkhidmatan internet, baginda kini memerintah negara beliau menggunakan Skype.
Kerana perbezaan zon masa beliau terpaksa berjaga pada waktu malam untuk membincangkan masalah negara.
Baginda hanya pulang enam tahun sekali untuk mencemar duli dengan 200 ratus ribu rakyat baginda.
Yang menariknya tentang Raja Bansah ialah, apabila berada di Jerman, beliau merupakan seorang pengurus bengkel membaiki kereta sepenuh masa dan menjalani kehidupan seperti rakyat biasa di sana.
Tetapi apabila beliau pulang ke Ghana, beliau merupakan seorang bangsawan disebabkan statusnya sebagai raja.
Beliau merupakan pemerintah pertama yang menggunakan konsep IT sepenuhnya bagi menguruskan negara dan juga seorang mekanik kereta pada masa yang sama.
Walaupun beliau seorang raja yang memiliki aset berjuta, sebenarnya Raja Bansah ini merupakan seorang nyang sangat merendahkan diri. Kami kagum!
Apa-apa pun, jom lihat suasana kota Ghana di bawah.
Sumber: INDEPENDENT

0 comments:
Post a Comment