Home » » Nahas QZ8501 Sudah Diramal 13 Hari Sebelum Kejadian!

Nahas QZ8501 Sudah Diramal 13 Hari Sebelum Kejadian!

Perihal kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah diramalkan oleh awal oleh seorang blogger China yang memberi amaran supaya para penumpang menjauhi penerbangan pesawat terbabit.

Konspirasi AirAsia QZ8501

Ramalan tersebut dikeluarkan kira-kira dua minggu sebelum kejadian pada Ahad lalu yang menyaksikan 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang dalam tragedi yang dipercayai tatkala cuaca buruk.

Blogger terbabit juga didakwa pernah membuat ramalan ke atas hilangnya Malaysia Airlines MH370 pada Mac lalu.

Penulis misteri itu menyebut ada ‘the international black hand’ (tangan hitam antarabangsa) di sebalik kehilangan pesawat-pesawat tersebut.

Dakwanya, black hand atau ‘tangan hitam’ itu merupakan organisasi yang berperanan di sebalik peristiwa nahas dipercayai organisasi anarkis yang berkaitan dengan kelompok Islam.

“Tangan hitam merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17. Kelompok ini banyak membunuh pesawat penerbangan terbesar ke-6,” tulis blogger terbabit.

“Saat ini tangan hitam menyasarkan AirAsia kerana ia merupakan pesawat milik Malaysia. Mengingat betapa kuatnya tangan hitam, saya menyarankan warga China yang merancang melakukan perjalanan agar menghindari AirAsia, agar tak ikut hilang seperti penumpang MH370,” dakwa blogger itu.

“Anda semua seharusnnya berbahagia semasa cuti, bekerja, tapi jika kalian naik penerbangan Malaysia (MAS) atau AirAsia, kau akan mati, berhati-hatilah,” tulis blogger tersebut.

Ketika ditanya oleh para pengikut blog bagaimana dia sangat yakin dengan apa yang diramalnya, penulis blog itu tetap berhujah supaya menjauhi dua syarikat penerbangan tersebut dengan alasan ”hidup sangat tak ternilai harganya dan keselamatan sangatlah penting.” –Metrotvnews

0 comments:

Post a Comment