Home » » Perkuburan Mumia Terbesar Ditemui

Perkuburan Mumia Terbesar Ditemui

FAIYUM, Mesir – Sebuah tanah perkuburan terbesar yang mempunyai satu juta mumia telah ditemui di tengah Mesir oleh sekumpulan ahli sains Amerika Syarikat (AS), lapor ahli arkeologi.

1700 Faiyum Mummy

Kerja-kerja menggali tanah perkuburan itu menemui lebih 1,700 mumia yang masih dalam keadaan sempurna disebabkan faktor cuaca padang pasir yang panas dan kering di Faiyum, kira-kira 96 kilometer di selatan Kaherah.

Bagaimanapun, ahli sains percaya jumlah keseluruhan mumia itu boleh mencecah sehingga satu juta yang ditanam di kawasan batu kapur pada kedalaman 23 meter.

“Kami pasti terdapat hampir satu juta mayat mumia yang dikebumikan di satu tanah perkuburan yang besar dan padat,” kata Profesor Kerry Muhlestein yang merupakan pengarah projek cari gali dari Universiti Brigham Young, di Utah.

Ahli sains mengandaikan usia mumia yang ditemui itu sekitar 1,500 tahun yang dikebumikan antara abad pertama hingga abad ketujuh sebelum Masihi semasa Mesir berada di bawah pemerintahan Rom dan empayar Byzantine.

1700 Faiyum Mummy [2]

Semasa ditemui, mumia-mumia itu tidak seperti mumia yang biasa ditemui di Mesir kerana diletakkan dalam kubur besar.

Mumia itu kelihatan seperti rakyat biasa dan bukannya golongan diraja atau tokoh-tokoh penting yang lain.

Ahli arkeologi mendedahkan mereka turut menemui mumia dalam keadaan pelik seperti mayat seorang lelaki yang memiliki ketinggian mencecah sehingga 2.13 meter selain mumia yang memiliki warna rambut berbeza seperti merah dan perang yang diasingkan di lokasi berbeza. –Agensi

0 comments:

Post a Comment