Home » » Lelaki Dilahirkan Dalam Keadaan Jantung Di Perut

Lelaki Dilahirkan Dalam Keadaan Jantung Di Perut

Kita seharusnya perlu bersyukur ke hadrat Ilahi jika di lahirkan dalam keadaan normal fizikal dan mental.

Huang Rongming

Di China, terdapat seorang lelaki yang fizikalnya amat berbeza dengan orang lain. Perbezaaan ketara ini dapat dilihat di bahagian perutnya.

Terdapat sebuah benjolan yang wujud, sebenarnya ia bukanlah satu ketumbuhan, akan tetapi ia jantung yang dilahirkan dalam keadaan jantungnya yang berpaksi di perut

Huang Rongming, lelaki yang berusia 24 tahun yang terpaksa hidup dengan jantungnya terletak di bahagian perut, akan menjalani pembedahan bagi membetulkan semula keadaan berkenaan.

Keadaan yang dialami lelaki yang berasal dari Henan, China ini menyebabkan jantungnya kelihatan terbonjol.

Ia juga dikatakan penyebab Huang mengalami masalah untuk bernafas setiap kali dia berjalan.

Penyakit tersebut hanya berlaku kepada lima bayi daripada sejuta kelahiran dan kebanyakan pesakit akan meninggal dunia sebaik dilahirkan.-Mynewshub.cc

Huang Rongming [2]
Huang Rongming [3]
Huang Rongming [4]

0 comments:

Post a Comment