Home » » Volt Buckle, Tali Pinggang Pengecas Peranti

Volt Buckle, Tali Pinggang Pengecas Peranti

Oppo Find 7, Galaxy Note 4 dan Nexus 6 ialah tiga peranti dengan sistem pengecasan pantas.

Volt Buckle

Peranti dapat dicas sehingga penuh dalam masa kurang daripada satu jam dengan menggunakan teknologi tersebut.

Kami percaya suatu hari nanti pengecasan pantas akan menjadi fungsi yang wajib ada pada setiap jenama peranti pintar.

Namun sementara menanti impian jadi realiti, kita masih memerlukan pengecas biasa untuk mengecas peranti yang kehabisan bateri.

Penyelesaian yang biasa dilakukan ialah membawa pengecas atau powerbank ke mana-mana sahaja dalam beg.

Ini bukanlah penyelesaian terbaik kerana bagi kaum lelaki, membawa beg tidak berapa praktikal lebih-lebih lagi ketika mengunjungi pusat beli belah.

Volt Buckle 2

Oleh itu jika mahu membawa pengecas tanpa memerlukan beg, anda boleh menggunakan Volt Buckle.

Ia merupakan tali pinggang yang mempunyai pengecas peranti terbina.

Kepala tali pinggang ini adalah sebuah pengecas yang boleh ditanggalkan apabila diperlukan ketika kecemasan, walau sekilas pandang ia langsung tidak kelihatan seperti sebuah pengecas peranti.

Nyata, ini satu idea fesyen hibrid yang menarik.

Sumber: Gadgeteer

0 comments:

Post a Comment