Akibat terlalu teruja dengan jaringan gol yang dilakukannya, seorang pemain bola sepak muda di India meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada tulang belakangnya.
Memetik laporan AP, Peter Biaksangzuala, 23, membuat aksi lonjakan tunggang terbalik (somersaults) beberapa kali sebelum terjatuh ke belakang lalu mendarat atas kepalanya sendiri.
Ketika itu dia meraikan gol untuk pasukannya, Bethlehem Vengthlang FC dalam satu perlawanan tempatan di bandar Khawzawl berdekatan sempadan Myanmar, Selasa lalu.
Malang sekali ketika Biaksangzuala terlantar kesakitan, rakan sepasukan melonjak pula ke atasnya untuk sama-sama meraikan kejayaan gol itu sebelum menyedari kecederaan teruk dialaminya.
Mereka kemudian bergegas mengusung dan mengejarkan rakan mereka itu ke hospital.
Biaksangzuala bagaimana pun meninggal dunia semalam selepas keadaannya bertambah teruk ketika doktor berusaha membetulkan tulang belakangnya.
Lal Hmar, seorang pegawai bola sepak di wilayah Mizoram memberitahu wartawan, pemain muda itu mendermakan matanya sebelum dia meninggal dunia.
“Peter pemain berbakat yang menyimpan harapan besar mahu beraksi dalam liga kebangsaan satu hari nanti,” kenang Hmar.-Mynewshub.cc

0 comments:
Post a Comment