Home » » Tandas Ditukar Menjadi Cafe!

Tandas Ditukar Menjadi Cafe!

LONDON – Seorang ahli perniagaan di Britain membelanjakan £100,000 (RM525,592) untuk menukar sebuah tandas awam yang terbiar sejak tahun 1890 menjadi sebuah kafe, lapor MailOnline.

Attendant in London

Tandas awam yang terbiar itu terletak di pusat bandar raya ini.

Fasiliti itu menjalani pengubahsuaian menjadi sebuah kafe dikenali sebagai Attendant.

Keunikan premis itu menyebabkan kafe berkenaan meningkat popular selepas dibuka kepada orang ramai pada tahun lalu.

Selain Attendant terdapat beberapa restoran di sini yang diubah suai daripada tandas lama termasuk tandas stesen kereta api bawah tanah.–Agensi

0 comments:

Post a Comment