Home » » Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia

Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia

Brazil – `Pembunuh bersiri’ paling muda di dunia dinobatkan kepada seorang lelaki kejam, Thiago Henrique Gomes da Rocha, yang merupakan seorang pengawal keselamatan berusia 26 tahun.

Gomes da Rocha Pembunuh Kejam

Dia telah mengaku membunuh 39 orang termasuk 16 wanita di Goania. Mangsanya yang lain adalah pondan dan gelandangan. Mangsa paling muda pula direkodkan berusia 14 tahun.

Gomes da Rocha yang menetap bersama ibunya di bandar berkenaan, ditangkap polis pada Selasa lepas, selepas didapati mencuri nombor plat motosikal di sebuah pasar raya.

Selepas ditangkap dia mengaku melakukan pembunuhan berkenaan.

Modus operandinya adalah dengan menunggang motosikal dan kemudian menembak mangsa di jalan raya sambil menjerit `rompakan’. Gomes da Rocha kemudiannya melarikan diri.

Turut dirampas di rumahnya ialah senjata api revolver .38 yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut bersama motosikal dan nombor plat palsu.

Penangkapan tersebut mengakhiri kebimbangan penduduk selepas kes pembunuhan bersiri berkenaan dilaporkan berlaku di bandar tersebut.

Penduduk sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di balai polis bagi meminta polis menangkap pembunuh terbabit.

Ketika ini, mendahului senarai 15 pembunuh bersiri zaman moden ialah seorang pembunuh dari Colombia, Luis Garavito yang merupakan perogol dan pembunuh kanak-kanak. Dia digelar La Bestia atau The Beast.

Dia dipercayai membunuh lebih 400 kanak-kanak di jalanan namun 138 kes bunuh berjaya disahkan.

Manakala Pedro Rodrigues Filho pula merupakan pembunuh di Brazil yang membunuh lebih 100 mangsa dengan 47 daripadanya adalah banduan.

Dia bagaimanapun disabitkan dengan kesalahan membunuh 17 orang.

Filho mula membunuh pada usia 14 tahun dengan mangsa pertama adalah bapanya.

Dia turut makan jantung bapanya.

Sumber: Mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment