Home » » Militan IS Penggal Lelaki Warga Britain

Militan IS Penggal Lelaki Warga Britain

BEIRUT – Kumpulan militan Negara Islam (IS) memenggal kepala seorang pekerja bantuan warga Britain, Alan Henning kelmarin sekali gus menjadi warga Barat keempat yang dibunuh kumpulan berkenaan.

Alan Henning

Rakaman pembunuhan Henning itu disiarkan di laman perkongsian video YouTube yang menunjukkan mangsa berlutut di­ sebelah seorang militan IS yang menutup muka.

Dalam rakaman berkenaan Henning dilihat membaca satu kenyataan sebelum militan berkenaan memenggal kepala­nya dengan sebilah pisau.

“Kerana parlimen Britain mengambil keputusan untuk menyerang IS menyebabkan saya sebagai seorang warganegara Britain terpaksa menerima akibatnya,” katanya.

Henning, 47, yang be­kerja sebagai seorang pemandu teksi dari Salford, Britain diculik ketika terlibat dalam konvoi penghantaran bantuan perubatan di sebuah hospital di Syria pada tahun lalu.

Militan IS itu juga me­ngancam untuk membunuh seorang lagi tawanan warga Amerika Syarikat (AS), Peter Edward Kassig, 26, yang diculik di Sy­ria ketika me­ nyertai pasukan bantuan sukarelawan pada tahun lalu.

Perdana Menteri Bri­tain, David Cameron berkata, pembunuhan lelaki itu menunjukkan militan IS sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Kami akan memburu pembunuh ini dan membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya.­ –Reuters

0 comments:

Post a Comment