New York – Lima tahun selepas kematiannya, raja pop Michael Jackson masih meraih pendapatan tinggi malah menjadi selebriti mati yang paling kaya di dunia apabila estetnya menerima sekitar AS$140 juta (RM462 juta) tahun lalu.
Forbes melaporkan Jackson mendapat dua kali jumlah diperoleh Elvis Presley – yang mati pada 1977 dan menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM181 juta) dan tiga kali diraih pencipta komik Peanuts, Charles Schulz dengan AS$40 juta (RM 132 juta).
“Nampaknya Jackson membuktikan duit masih mampu ‘hidup’ selepas seorang selebriti mati,” kata Forbes.
Ini adalah kali kedua secara berturut-turut Jackson menduduki carta teratas senarai berkenaan selepas dikalahkan Elizabeth Taylor pada tahun 2012.
Album kedua Jackson selepas kematiannya, ‘Xscape’ yang mendapat tempat kedua di carta pop pada hari pertama dikeluarkan malah penyanyi berkenaan turut ‘muncul’ sebagai hologram pada Anugerah Muzik Billboard.
Dua persembahan Cirque du Soleil bertajuk ‘Immortal’ dan ‘ One’ antara cara estet jackson masih mampu meraih keuntungan selain katalog muzik dan empayar penerbitannya.
Eizabeth yang meninggal dunia pada 2011 menduduki tempat keempat (AS$25 juta – RM82 juta) manakala legenda reggae Bob Marley di tempat kelima AS$20 juta (RM66 juta).–AFP

0 comments:
Post a Comment