Home » » Wanita Digilis Keretapi Di Lokasi Sama Kekasih Bunuh Diri

Wanita Digilis Keretapi Di Lokasi Sama Kekasih Bunuh Diri

Terlalu sedih dengan kematian kekasihnya, seorang wanita dari United Kingdom, Becky Tait, 20, nekad membunuh diri di tempat sama yang meragut nyawa teman lelakinya dua bulan lalu.

Becky

Becky, dilaporkan terjun ke landasan kereta api di Staffordshire ketika satu gerabak kereta api sedang melalui laluan tersebut.

Sebelum ini, teman lelakinya, Phil James, 19, juga mati di kawasan itu selepas terjun ke landasan, 7 September lalu.

Sejak teman lelakinya mati, Becky dilaporkan sangat sedih dan sentiasa berasa murung.

Menurut rakan rapatnya, Becky dan Phil pernah keluar beberapa kali ketika menjalin hubungan dan terakhir, mereka baru sahaja bercuti bersama-sama di Portugal.

Walaupun rakan-rakan sentiasa di sisi untuk memberinya sokongan menghadapi masa-masa sukar namun akhirnya Becky tetap juga mengambil jalan singkat untuk mengakhiri kehidupannya dengan cara tragis.-Mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment