Home » » Suami ‘Bodoh’ Hubungi 999 Hanya Kerana 'Remote Control'

Suami ‘Bodoh’ Hubungi 999 Hanya Kerana 'Remote Control'

Menjadi operator pusat panggilan kecemasan 999 memerlukan tahap kesabaran paling tinggi lagi-lagi bila berhadapan dengan panggilan yang tidak masuk dek akal.

Remote-control

Terbaru, pusat panggilan kecemasan 999 di West Mercia menerima satu panggilan kecemasan yang tidak akan dilupakan daripada seorang lelaki yang tinggal Shropshire.

Lelaki tersebut menghubungi 999 semata-mata mahu mengadu hal isterinya yang tidak mahu memberikannya alat kawalan jauh televisyen.

Mungkin kedengaran pelik, tetapi itulah yang sebenarnya terjadi.

“Encik, isteri saya tidak mahu memberikan alat kawalan jauh kepada saya,” adu lelaki kepada salah seorang operator pusat panggilan kecemasan.

Operator yang menerima panggilan tersebut bagaimanapun, terpaksa melayan dan bertoleransi dengan pemanggil meskipun berasakan panggilan tersebut ‘bodoh’ dan tidak masuk akal.

Lebih menyusahkan, kadangkala ia hanya membuang masa pihak polis West Mercia untuk mengendalikan mereka.

Salah seorang operator turut mengakui, pusat panggilan sering menerima panggilan daripada orang awam yang berhadapan dengan masalah tidak ada wang untuk membayar teksi.

Sepatutnya, bukanlah tanggungjawab pihak polis mengendalikan hal yang boleh dianggap remeh-temeh seperti ini.

Bayangkan, hampir 700,000 panggilan yang diterima setahun oleh pusat panggilan kecemasan 999 adalah tidak bersesuaian.

Mungkin, kini kita perlu akui bahawa operator 999 adalah orang yang paling bertoleransi dalam kerjaya mereka.

0 comments:

Post a Comment