Home » » Pencuri Paling ‘Hebat’ Britain

Pencuri Paling ‘Hebat’ Britain

London – Pencuri paling ‘hebat’ Britain dihadapkan ke mahkamah untuk kali ke-266 semalam menyatakan harapannya memiliki anjing untuk membantunya mengubah tabiat buruknya itu.

David James Archer

David James Archer (gambar), 59, ditangkap mencuri tali pinggang murah di sebuah kedai Ahad lalu – hanya seminggu selepas didakwa atas satu lagi tuduhan iaitu yang ke-265.

Archer menghabiskan 28 tahun kehidupannya di dalam penjara dan sepanjang 40 tahun lalu hanya satu perayaan Krismas disambut di luar tahanan.

Bagi kes terbaru ini, Archer mengaku bersalah dan peguam belanya Huw Roberts berkata anak guamnya mempunyai anjing baru yang diharapkan mampu membantunya berubah.

Jurucakap polis berkata, dia baru mendapat anjing itu dan tidak sampai hati kerana haiwan itu rindukannya apabila dia tiada di rumah.

Katanya, Archer penagih heroin selama tiga dekad kini menjadi bahan ketawa di dalam penjara menyebabkannya berazam memperbaiki kehidupannya.

Pendakwa Diane Williams berkata, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Archer memakai tali pinggang yang dicurinya – berharga £2.99 (RM16) – di pinggangnya.

“Ketika ditahan polis dia mendakwa membelinya daripada seorang rakan dengan harga £5 (RM27) namun pemeriksaan di kedai itu menunjukkan tali pinggang itu milik mereka,” katanya.–Agensi

0 comments:

Post a Comment