Home » » Hampir Hilang Kerja Kerana Cantik Dan Seksi

Hampir Hilang Kerja Kerana Cantik Dan Seksi

Serbia – Seorang penyampai berita sebuah televisyen, Katarina Sreckovic, 25, hampir kehilangan kerjanya sebagai wartawan sukan disebabkan rupa yang menawan dan seksi.

Katarina Sreckovic

Semuanya gara-gara kecantikannya itu menganggu tumpuan pemain bola sepak pasukan Red Star ketika mereka menjawab soalan yang dikemukakan oleh Sreckovic.

Sreckovic berkhidmat dengan sebuah stesen TV khas untuk pasukan Red Star.

Keadaan itu menyebabkan majikannya kurang senang kerana pemain yang ditemubual oleh Sreckovic tidak dapat menjawab soalan yang diberinya dengan baik disebabkan mereka terganggu dengan kecantikannya.

“Saya mengaku pada mulanya ia merupakan satu masalah namun kini mereka sudah biasa dengan saya. Pada mulanya saya sangkakan mereka tidak dapat memberikan kerjasama langsung pada saya.

“Saya juga diminta beberapa kali keluar dari padang dan menerima aduan daripada pemain bahawa saya mengganggu tumpuan mereka,’’ katanya yang mempunyai ijazah dalam falsafah dan bahasa Cina.

Bagaimanapun Sreckovic berkata dia berjaya mengatasinya dan pemain Red Star juga kini sudah biasa dengan kehadirannya.

Sumber: Mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment