Home » » UNIK! Lelaki Bina Trak Terbalik

UNIK! Lelaki Bina Trak Terbalik

CLINTON, Amerika Syarikat – Seorang mekanik di sini mengubahsuai sebuah trak miliknya supaya ia kelihatan seperti sebuah kenderaan yang terbalik ketika dipandu.

Rick Sullivan

Mekanik tersebut, Rick Sullivan berkata, dia mendapat idea untuk membina kenderaan berkenaan selepas seorang pelanggan menghantar sebuah trak yang terbalik akibat terlibat dalam satu kemalangan untuk dibaiki.

“Selepas melihat trak tersebut saya terfikir untuk membina sebuah kenderaan yang kelihatan terbalik dan boleh dipandu di jalan raya.

“Saya mengambil masa selama enam bulan dan membelanjakan hampir AS$6,000 (RM20,076) untuk membina trak istimewa ini,” katanya.

Menurutnya, trak terbalik tersebut dibina daripada gabungan dua buah trak iaitu jenis Ford Ranger dan Ford F150.

“Saya berasa sangat seronok kerana setiap kali saya memandu trak ini di jalan raya ramai pemandu yang terkejut,” ujarnya.–Agensi

0 comments:

Post a Comment