Home » » Sanggup Tukar Wajah Supaya Menyerupai Watak Kartun!

Sanggup Tukar Wajah Supaya Menyerupai Watak Kartun!

Ini memang kisah transformasi wajah yang agak ekstrem apabila sedari remaja lagi seorang wanita dari United Kingdom (UK), Krystina Butel, 30, telah berazam untuk mengubah wajahnya menjadi seperti wajah karikaturnya yang dilukis pelukis jalanan ketika sedang bercuti 15 tahun lalu di Ibiza, Sepanyol.

Krystina Butel

Sehingga kini, dia sudah membelanjakan lebih daripada RM681,443 (£130,000) dengan menjalani lima pembedahan membesarkan buah dada, suntikan bibir, botox, pemutihan gigi dan pelbagai pembedahan kosmetik lain untuk kelihatan ‘real’ seperti gambar karikaturnya itu.

“Karikatur tersebut merupakan impian saya, saya sudah dekat dengan misi sejak 15 tahun lalu tapi memang ada sahaja yang saya rasa yang perlu dilakukan untuk kelihatan lebih sama dengan karikatur tersebut,” katanya memetik Mirror UK.

Rancangan terbaharu wanita ini adalah untuk membuat implan punggung, pembedahan membentuk kening dan implan bibir untuk kelihatan lebih besar dan tebal.

Krystina yang merupakan seorang pemilik salun, bercadang untuk menggunakan khidmat pakar bedah plastik dari Brazil atau Amerika kerana beranggapan tiada pakar pembedahan kosmetik di UK yang boleh mengubah imejnya lagi seperti mana yang diinginkan olehnya. –MYNEWSHUB.CC

Krystina Butel [2]
Krystina Butel [3]
Krystina Butel [4]
Krystina Butel [5]
Krystina Butel [6]

0 comments:

Post a Comment