Home » , » Gadis Dirogol Dan Dibunuh Kerana Sokong Ayah Sendiri!

Gadis Dirogol Dan Dibunuh Kerana Sokong Ayah Sendiri!

INDIA – Seorang gadis berusia 15 tahun dirogol dan dibunuh selepas membantah tindakan penduduk kampong yang memutuskan bahawa bapanya perlu dipukul kerana gagal membayar hutang.

Gadis Dirogol Dan Dibunuh Kerana Sokong Ayah Sendiri!

Tindakan gadis itu mencetuskan kemarahan penduduk hingga mereka memaksanya meludah ke lantai kemudiannya menjilat semula ludah tersebut.

Ia sebagai hukuman kerana melawan cakap penduduk kampung tersebut.

Gadis itu kemudiannya didapati hilang. Hanya keesokan harinya mayat gadis malang tersebut ditemui dalam keadaan bogel di atas landasan keretapi. Di Jalpaiguri.

Polis percaya dia dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh.

Pihak berkuasa kini telah menahan dua daripada 13 orang yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan manakala mayat gadis malang itu dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Sumber: Mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment