Home » » Militan Algeria Penggal Kepala Lelaki Perancis

Militan Algeria Penggal Kepala Lelaki Perancis

ALGIERS - Kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa telah memancung kepala seorang rakyat Perancis yang diculik di Algeria dalam satu rakaman video yang disiarkan.

Militan Algeria Penggal Kepala Lelaki Perancis

Herve Gourdel, 55, diculik pada Ahad lalu oleh kumpulan Jund al-Khilifa atau Tentera Khalifah ketika sedang mendaki bukit di sebuah taman negara yang popular dalam kalangan pelancong di Algeria.

Kumpulan berkenaan sebelum ini memberi tempoh selama 24 jam kepada Perancis untuk menghentikan serangan di Iraq atau mereka akan membunuh Gourdel.

Video bertajuk 'Mesej Berdarah Buat Kerajaan Perancis' itu mempunyai persamaan gaya dengan video pembunuhan beberapa warga Barat oleh kumpulan militan IS sebelum ini.

Rakaman itu menunjukkan Gourdel melutut dengan tangan diikat ke belakang di hadapan empat anggota militan yang menutup wajah mereka.

Sebelum dibunuh, Gourdel memberitahu bahawa dia menyayangi keluarganya sebelum salah seorang anggota militan membaca satu kenyataan yang mengutuk tindakan tentera Perancis ke atas umat Islam di Algeria, Mali dan Iraq.-Agensi

[Sumber]

0 comments:

Post a Comment