Home » » Badan Dijangkiti Cacing Selepas Makan Sushi

Badan Dijangkiti Cacing Selepas Makan Sushi

BEIJING - Seorang penggemar makanan sushi nyaris maut selepas makanan yang tercemar itu menyebabkan seluruh tubuhnya dijangkiti dengan cacing pita, lapor akhbar MailOnline.

Badan Dijangkiti Cacing Selepas Makan Sushi

Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, dia kerap mengalami sakit perut dan gatal kulit menyebabkan dia berjumpa dengan seorang doktor.

Bagaimanapun, dia terkejut selepas ujian imbasan X-ray menunjukkan seluruh badannya dipenuhi dengan cacing pita kerana terlalu banyak makan sejenis sushi yang dikenali sebagai sashmi.

Sashmi merupakan sejenis ikan yang dimakan tanpa dimasak.

Beberapa doktor percaya, ia berlaku disebabkan beberapa makanan Jepun yang tidak dimasak seperti ikan mentah mengakibatkan ia tercemar dengan cacing berkenaan.

Menurut doktor, jangkitan cacing pita seperti itu berlaku kerana termakan larva cacing yang kebanyakannya ditemui di dalam ikan air tawar seperti ikan salmon sebelum ia masuk ke saluran darah.-Agensi

[Sumber]

0 comments:

Post a Comment