Home » » Mati Dibelasah Tak Siapkan Kerja Rumah

Mati Dibelasah Tak Siapkan Kerja Rumah

Phayao, Thailand: Seorang budak lelaki yang tidak menyiapkan kerja rumahnya mati dipukul bapanya yang mabuk.

Belasah

Jurucakap polis Phayao berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu pada malam Isnin lalu.

Katanya, kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah Muang.

“Budak terbabit dimarahi bapanya kerana tidak menyiapkan kerja rumah dan dibelasah teruk.

“Ketika itu bapanya dalam keadaan mabuk,” katanya.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, katanya, penyiasat menemui seoran budak berusia sembilan tahun yang tidak sedarkan diri.

“Polis juga mendapati hidung dan mulut mangsa berdarah, manakala tangan kirinya patah,” katanya.

Dia kemudian dibawa ke Hospital Phayao tetapi dipindahkan ke Hospital Chiang Rai kerana masalah peralatan.

Bagaimanapun, kata jurucakap itu, budak terbabit disahkan mati pagi semalam.

“Suspek berusia 36 tahun dan bekerja sebagai juruteknik penyaman udara.

“Dia sudah mengaku membelasah anaknya,” katanya.-Agensi

[Sumber]

0 comments:

Post a Comment