Home » » Unik! Wanita Melukis Guna Mesin Taip

Unik! Wanita Melukis Guna Mesin Taip

LONDON - Seorang artis di sini menghasilkan lukisan kompleks dengan hanya menggunakan mesin taip tanpa sebarang bantuan peralatan lukisan, lapor portal berita Metro.uk.

Keira Rathbone

Wanita tersebut, Keira Rathbone berkata, dia mula mendapat idea untuk menghasilkan pelbagai lukisan dengan menggunakan mesin taip selepas bosan menulis menggunakan peralatan berkenaan.

Keira Rathbone - Queen Elizabeth II
Potret Ratu Elizabeth II yang dilukis Rathbone dengan menggunakan mesin taip.

"Idea untuk melukis menggunakan mesin taip timbul beberapa tahun lalu ketika saya duduk berseorangan di dalam bilik.

"Saya kemudiannya mengambil sekeping kertas dan mula menekan setiap huruf yang ada pada mesin taip untuk menghasilkan pelbagai objek," katanya.

Rathbone kini sudah menjual beberapa lukisan di seluruh dunia melalui internet dan lukisan unik wanita itu turut dijual di pasar raya Selfridges.-AGENSI

0 comments:

Post a Comment