Home » » Kek Cawan Paling Mahal Dunia Berharga RM2,700 Sebiji!

Kek Cawan Paling Mahal Dunia Berharga RM2,700 Sebiji!

Tak percaya sebiji kek cawan ataupun cupcake ini berharga RM2,700?

Le Dolci Cake

Memang berfikir panjanglah kalau nak beli kek cawan ini..

Kek cawan gourmet yang paling mahal di dunia ini dijual di sebuah kedai kek di Kanada iaitu Le Dolci.

Pencuci mulut paling mahal ini diperbuat daripada buttercream coklat yang dihasilkan menggunakan Jamaica Blue Mountain Coffee, salah satu biji kopi paling terbaik di dunia.

Apa yang membuatkannya lebih mahal dan eksklusif lagi ialah kerana kek mini ini dihias dengan mutiara rangup dan ditabur dengan serbuk emas 24 karat.

Kalau dah semahal ini, pastinya kesedapannya memang ‘meletup’!

0 comments:

Post a Comment