Home » » Pesawat Gagal Mendarat Pengawal Tertidur

Pesawat Gagal Mendarat Pengawal Tertidur

Beijing: Sebuah pesawat penerbangan China terpaksa menangguh pendaratannya apabila dua pengawal trafik udara tertidur ketika bertugas.

China Air

Berita mengenai kejadian itu mencetuskan kemarahan rakyat China yang begitu taksub dengan keselamatan penerbangan.

Menurut laporan, pesawat Boeng 737 itu bersiap-sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Wuhan di tengah China tetapi tiada sebarang tindak balas dari menara kawalan trafik udara selama 12 minit.

Bagaimanapun, menurut laporan berkenaan, panggilan akhirnya dijawab dan penerbangan MU2528 China Eastern Airlines dari Sanya itu berjaya mendarat dengan selamat.

“Hanya disebabkan kedua-dua pengawal berkenaan tertidur, juruterbang terpaksa menghubungi menara kawalan berkali-kali tetapi tiada jawapan diberikan dan tiada sebarang komunikasi berlaku,” kata seorang pegawai berkuasa penerbangan awam yang dipetik oleh majalah Caijing.

Siasatan berasingan oleh majalah berkenaan mendapati dua orang pengawal terbabit tertidur.

Kejadian berlaku pada 8 Julai namun ia dilapor pada 29 Julai.

Tiada sebarang penjelasan dibuat oleh pihak berkuasa mengenai kelewatan laporan terbabit.-Agensi

0 comments:

Post a Comment