LONDON – Sebutir telur burung paling besar di dunia dijangka dijual pada harga £50,000 (RM262,174) pada satu acara lelongan yang berlangsung di Billingshurst di West Sussex.
Telur berkenaan berasal daripada spesies burung gajah yang hidup di Madagascar sebelum ia pupus 200 tahun dahulu.
Telur sepanjang 30.48 sentimeter itu sangat besar sehingga boleh memuatkan sebanyak tujuh biji telur burung unta dan 100 biji telur ayam.
Rumah lelongan Summers Place Auctions percaya telur berkenaan boleh dijual antara £30,000 (RM157,318) hingga £50,000 (RM262,174) sebiji.
Kurator di Summers Place Auctions, Errol Fuller berkata, pakar telah mengesahkan telur berkenaan adalah yang paling besar di dunia dan tiada haiwan lain yang dapat menandinginya. –AGENSI

0 comments:
Post a Comment