Home » » Tragedi Tak Puas Hati Dengan Hidung Sendiri

Tragedi Tak Puas Hati Dengan Hidung Sendiri

Beijing - Lelaki yang mengamuk di sebuah hospital dan membunuh doktor kerana tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan hidungnya dijatuhi hukuman mati pada 27 Januari 2014.

Lian Enqing, 33

Hakim membuat keputusan itu terhadap Lian Enqing, 33 dari Zhejiang yang disabitkan kesalahan dalam kejadian Oktober 2013.

Lian didakwa pergi ke Jabatan Otorinolaringologi Hospital Wenling untuk mencari doktor yang menjalankan pembedahan hidungnya.

Dia yang mengalami masalah pernafasan selepas pembedahan, berang apabila gagal menemui doktor yang dicari lalu menikam pengarah jabatan serta dua lagi doktor sebelum ditahan pengawal keselamatan.

Adik tertuduh, Lian Qiao berkata, abangnya menghadapi kesukaran bernafas dan tidak selesa selepas dibedah di hospital berkenaan pada Mac 2013.

“Hospital itu tetap mendakwa pembedahan berkenaan berjaya menyebabkan abang saya berasa tertipu,” katanya dalam satu kenyataan. -Reuters

0 comments:

Post a Comment