Home » » Di Bayar RM30,931 Sebulan Hanya Untuk Makan Secara Online!

Di Bayar RM30,931 Sebulan Hanya Untuk Makan Secara Online!

INCHEON - Seorang wanita, Park Seo-yeon memperoleh pendapatan melebihi £5,600 (RM30,931) sebulan dengan hanya makan dan berbual di hadapan kamera yang disaksikan beribu-ribu orang di internet secara langsung.

Park Seo-yeon

Seo-yeon, 34, yang tinggal di sebuah apartmen di Seoul memakan pelbagai jenis makanan antaranya telur dan nasi dalam satu sesi program yang berlangsung selama hampir tiga jam pada setiap hari.

Siaran langsung itu juga dibuat dengan menggunakan komputer.

Semasa siaran langsung itu, penonton akan menghantar belon maya yang bernilai AS$0.09 (RM0.30) kepadanya.

Trend makan di hadapan beribu-ribu orang di internet itu mampu menjana pendapatan tinggi melalui iklan serta sumbangan para peminatnya.

Wanita itu berkata, dia berhenti bekerja di sebuah firma tiga tahun lalu bagi memberi sepenuh perhatian kepada pekerjaan baharunya itu yang bermula sebagai hobi tiga tahun lalu.

"Saya berasa sangat gembira apabila ada peminat memberitahu, mereka pulih daripada masalah anoreksia selepas melihat saya makan," katanya. -Reuters

0 comments:

Post a Comment