Umum mengetahui ubat digunakan bagi menyembuh penyakit. Namun, tidak ramai yang tahu mengenai kepentingan mengambil ubat dengan cara yang betul.
Menurut seorang doktor pakar dari Indonesia, Wiyarni Pambudi, bagi mendapatkan kesan yang efektif dan zat nutrien meresap sepenuhnya ke dalam tubuh, seseorang digalakkan mengambil ubat tersebut bersama air suam.
"Anda dilarang mengambil ubat dengan susu, teh, kopi, minuman ringan, minuman tenaga mahupun minuman alkohol kerana ia akan mengubah tindak balas ubat dalam sistem pencernaan.
"Bukan itu sahaja, cara memakan ubat juga berbeza-beza kerana ada ubat yang perlu diambil sebelum makan dan sebaliknya," katanya
Ujarnya, perkara tersebut bergantung kepada sifat ubat di mana sesetengahnya mampu diserap ketika perut kosong.
Justeru itu, seseorang digalakkan mengambil ubat dengan air suam selain merujuk kepada doktor atau ahli farmasi yang bertauliah.-Kosmo

0 comments:
Post a Comment